JADUAL SIMPANAN ASAS KWSP (BERKUATKUASA 1 JANUARI 2017)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi tentang bagaimanakah cara untuk melabur dalam Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi tentang bagaimanakah cara untuk melabur dalam Unit Amanah melalui KWSP? Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang jadual simpanan asas KWSP (berkuatkuasa 1 Januari 2017) sebagai panduan kepada yang berminat untuk gandakan simpanan Akaun 1 KWSP di tempat yang kalis Inflasi!

aizuddinazmi-wordpress-com

Tahukah anda simpanan Akaun 1 KWSP hanya boleh dikeluarkan:

I. Umur 55 Tahun

II. Kematian

III. Pelaburan Amanah Saham, Saham Amanah, Unit Amanah, Unit Trust, Mutual Fund

Melabur Akaun 1 KWSP dalam Unit Amanah

Objektif

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.

Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Kelayakan Memohon

1. a) Warganegara Malaysia; ATAU

b) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU

C) Bukan warganegara Malaysia:

*Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU

*Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

2. Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP, DAN

3. Ahli mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi jumlah simpanan asas sekurang-kurangnya sebanyak RM 5,000.

Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM 228,000 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun.

I) Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

II) Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, tertakluk kepada baki yang ditetapkan di dalam Akaun 1.

III) Pelaburan dibenarkan dengan satu IPD pada satu masa.

IV) Anda tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri.

V) Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan anda.

VI) Tiada bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP.

Bagaimanakah untuk mengetahui simpanan yang layak untuk dilaburkan?

Anda boleh merujuk jadual di bawah untuk mendapatkan contoh pengiraan simpanan yang layak untuk dilaburkan.

Jadual menunjukkan jumlah simpanan asas dalam Akaun 1 KWSP mengikut umur: (Berkuatkuasa 1 Januari 2017)

Umur
(Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
Umur
(Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
18 1,000 37 60,000
19 3,000 38 66,000
20 5,000 39 72,000
21 6,000 40 78,000
22 8,000 41 85,000
23 10,000 42 92,000
24 12,000 43 100,000
25 14,000 44 108,000
26 17,000 45 116,000
27 20,000 46 125,000
28 23,000 47 134,000
29 26,000 48 144,000
30 29,000 49 154,000
31 33,000 50 165,000
32 37,000 51 176,000
33 41,000 52 188,000
34 45,000 53 201,000
35 50,000 54 214,000
36 55,000 55 228,000

Sumber: http://www.kwsp.gov.my/

Contoh pengiraan pelaburan melalui KWSP

Situasi 1

Anda berumur 25 tahun dan jumlah yang ada di dalam Akaun 1 anda ialah RM 20,000.

Cara pengiraan

(Baki Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%

RM 20,000 – RM 14,000 = RM 6,000

RM 6,000 x 30% = RM 1,800

Kelayakan

Anda layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda. Jumlah yang layak dikeluarkan adalah minimum RM 1,000 dan maksimum RM 1,800.

Situasi 2

Anda berumur 25 tahun dan jumlah yang ada di dalam Akaun 1 anda ialah RM 15,000.

Cara pengiraan

(Baki Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%

RM 15,000 – RM 14,000 = RM 1,000

RM 1,000 x 30% = RM 300

Kelayakan

Anda tidak layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda disebabkan baki minimum untuk pelaburan adalah RM 1,000.

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

P/S: Jom gandakan simpanan Akaun 1 KWSP anda di tempat yang kalis Inflasi! Waktu terbaik untuk merancang simpanan adalah pada 30 tahun yang lepas. Waktu kedua terbaik untuk merancang simpanan adalah dari sekarang. Rancang pelan persaraan anda dari sekarang. Menyimpan ketika muda untuk hari tua lebih selesa. Berminat?

Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:

Aizuddin Azmi

Perunding Unit Amanah

Single License Investment

Emel: deenazmee@gmail.com

H/P: 019-548 1304

Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang

Sekian, Wassalam

Advertisements

About aizuddinazmi

Aizuddin Azmi Perunding Unit Amanah Single License Investment Emel: deenazmee@gmail.com H/P: 019-548 1304 Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang
This entry was posted in Informasi, Kewangan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, KWSP, Unit Amanah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s