KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TEMPAT UNTUK MEMBUAT SIMPANAN ATAU PELABURAN WANG?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi tentang jenis dana Unit Amanah di Malaysia. Saya juga telah berkongsi tentang senarai syarikat pengurusan Unit Amanah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kali ini saya nak berkongsi tentang kelebihan dan kekurangan tempat untuk membuat simpanan atau pelaburan wang. Segala maklumat yang akan saya kongsikan ini adalah untuk tujuan membuat perbandingan secara umum sahaja.

APAKAH ITU UNIT AMANAH UNIT TRUST

Akaun Simpanan

Kelebihan:

* Mudah dibuka dan dijaga

* Keperluan minimum. Memang munasabah.

* Akses tunai adalah fleksibel.

Kekurangan:

* Pengeluaran tunai yang mudah boleh merosakkan rancangan simpanan anda.

* Kadar faedah agak rendah.

Deposit Tetap

Kelebihan:

* Kadar faedah lebih tinggi daripada akaun simpanan.

* Wang tidak boleh dibelanjakan sembarangan.

Kekurangan:

* Kadar faedah mungkin kurang dari kadar Inflasi.

* Pengeluaran kurang fleksibel.

Hartanah

Kelebihan:

* Satu rancangan “simpanan-paksa” yang baik.

* Sebagai lindung nilai yang baik untuk mencegah Inflasi.

* Boleh memberikan pulangan yang lumayan semasa ekonomi “melambung”.

Kekurangan:

* Untuk mula menyimpan, memang sukar; wang pendahuluan “permulaan” yang tinggi, dan anda mestilah layak untuk mendapatkan pinjaman bank.

* Skim pembayaran balik gadai janji jangka panjang yang tidak fleksibel.

* Tidak boleh segera ditukar kepada tunai.

Insurans Hayat/Takaful

Kelebihan:

*  Satu alat simpanan serta perlindungan yang bermanfaat.

*  Oleh sebab banyak polisi mengenakan penalti sekiranya menarik diri sebelum insurans hayat/takaful matang, maka ia bertindak sebagai mekanisme untuk menggalakkan simpanan.

*  Terbukti sebagai rancangan “simpanan paksa” yang berkesan.

Kekurangan:

*  Pulangan agak lebih rendah berbanding alat pelaburan jangka panjang yang lain.

*  Kurang fleksibel.

Unit Amanah

Kelebihan:

*  Alat pelaburan paling sesuai bagi penyimpan yang buat simpanan kerap.

*  Jumlah permulaan tidaklah sekecil yang dikehendaki untuk akaun simpanan, tetapi munasabah.

*  Biasanya pelaburan mudah bertambah berasaskan simpanan kerap.

*  Manfaat diperoleh melalui purata kos dolar.

*  Unit amanah memberikan portfolio pelaburan yang seimbang yang anda tidak perlu uruskan.

*  Anda boleh menjual unit anda apabila harganya memuaskan pada bila-bila masa.

Kekurangan:

* Terjejas akibat turun naik pasaran saham atau pasaran lain yang tabung tersebut dilaburkan.

Pasaran Saham

Kelebihan:

* Lebih memberangsangkan daripada akaun semasa.

* Boleh memberikan pulangan yang banyak apabila kena pada masanya.

Kekurangan:

* Anda perlukan jumlah wang yang agak besar untuk memasuki pasaran saham.

* Bukan untuk penyimpan biasa yang melabur cuma beberapa ratus ringgit sebulan.

* Anda memerlukan banyak maklumat pelaburan dan nasib yang baik untuk menguruskan sendiri pelaburan anda dengan jayanya.

P/S: Adakah simpanan anda mencukupi? Dimanakah tempat anda membuat simpanan? Jom gandakan simpanan di tempat yang kalis Inflasi! Berminat?

Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:

Aizuddin Azmi

Perunding Unit Amanah

Single License Investment

Emel: deenazmee@gmail.com

H/P: 019-548 1304

Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang

Sekian, Wassalam

Advertisements

About aizuddinazmi

Aizuddin Azmi Perunding Unit Amanah Single License Investment Emel: deenazmee@gmail.com H/P: 019-548 1304 Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang
This entry was posted in Informasi, Kewangan, Unit Amanah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s