Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai “Tabung Unit Amanah sebagai pelaburan masa depan anda?” dan “Mengumpulkan kekayaan dengan Unit Amanah dan PRS?”. Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang tempat untuk kita menyimpan atau melaburkan wang. Selalunya dimanakah tempat kita menyimpan atau melaburkan wang? Apakah kelebihan atau kekurangan setiap tempat yang kita pilih untuk menyimpan atau melaburkan wang tersebut? Bagaimana dengan pulangan bagi setiap simpanan atau pelaburan kita tersebut? Adakah tempat kita menyimpan atau melaburkan wang tersebut mampu melawan kadar Inflasi?
Secara ringkasnya jadual yang saya kongsi di bawah ini hanya sekadar untuk tatapan dan makluman kita bersama. Segala maklumat yang saya kongsikan di dalam jadual di bawah ini adalah anggaran kadar pulangan secara purata, bukan lah muktamad seperti yang tercatat.
SA |
FD | TH | EPF | ASB | UT |
BSKL |
0-1% |
2-4% | 4-6% | 5-7% | 7-9% | 10-15% |
± 400% |
Tanda:
SA – Saving Account/Akaun Simpanan
FD – Fixed Deposit/Deposit Tetap
TH – Tabung Haji
EPF – Employee Provident Fund (EPF)/Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
ASB – Amanah Saham Bumiputera
UT – Amanah Saham/Saham Amanah/Unit Amanah/Unit Trust/Mutual Fund
BSKL – Bursa Saham Kuala Lumpur
Berdasarkan kepada formula Inflasi Peraturan 72 (Rule of 72)
Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri anggaran kadar pulangan setahun = 4%
72/4 = 18 (Selama 18 tahun baru simpanan anda akan berganda)
2014: RM 100,000
2032: RM 200,000
2050: RM 400,000
2068: RM 800,000
Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri anggaran kadar pulangan setahun = 6%
72/6 = 12 (Selama 12 tahun baru simpanan anda akan berganda)
2014: RM 100,000
2026: RM 200,000
2038: RM 400,000
2050: RM 800,000
Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri anggaran kadar pulangan setahun = 8%
72/8 = 9 (Selama 9 tahun baru simpanan anda akan berganda)
2014: RM 100,000
2023: RM 200,000
2032: RM 400,000
2041: RM 800,000
Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri anggaran kadar pulangan setahun = 12%
72/12 = 6 (Selama 6 tahun baru simpanan anda akan berganda)
2014: RM 100,000
2020: RM 200,000
2026: RM 400,000
2032: RM 800,000
Dimanakah tempat anda buat simpanan?
1. Akaun Simpanan (0-1%)
2. Deposit Tetap (2-4%)
3. Tabung Haj* (4-6%)
4. KWS* (5-7%)
5. AS* (7-9%)
6. Unit Amanah (10-15%)
P/S: Segala maklumat yang saya kongsikan ini adalah anggaran kadar pulangan secara purata, bukan lah muktamad seperti yang tercatat.
Contoh
Andaikan kadar Inflasi adalah 4%. Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang memberi anggaran kadar pulangan 9% maka anggaran baki kadar pulangan yang akan anda dapat perolehi adalah hanya 4.8077% sahaja. Hal ini kerana anggaran kadar pulangan 9% perlu di tolak dengan anggaran kadar Inflasi 4% dan bakinya adalah 4.8077% merupakan anggaran baki kadar pulangan yang bakal anda perolehi.
Anggaran kadar Inflasi = 4%
Anggaran kadar pulangan = 9%
Anggaran baki kadar pulangan = ?
(Kadar Pulangan – Kadar Inflasi) / (1 + Kadar Inflasi) = Baki Kadar Pulangan
(9% – 4%) / (1 + 4%) = 4.8077% (Baki Kadar Pulangan)
Apakah itu Inflasi?
Inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.
Inflasi = Nilai wang jatuh = Harga barang atau perkhidmatan naik
Anggaran kadar Inflasi yang ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM)
=2.5% hingga 4%
Anggaran kadar Inflasi yang ditetapkan oleh institusi kewangan
= 7% hingga 12%.
Berdasarkan formula Inflasi Peraturan 72 (Rule of 72), andaikan anggaran kadar Inflasi adalah 4% maka nilai wang pada hari ini akan susut kepada separuh selepas 18 tahun.
Anggaran Kadar Inflasi = 4%
Berdasarkan formula Inflasi Peraturan 72 (Rule of 72)
72/Kadar Inflasi
72/4 = 18
Contoh
2014: RM 100,000
2032: RM 50,000 = RM 100,000 (2014)
Apakah keputusan anda? Dimanakah tempat yang akan anda pilih untuk menyimpan dan melaburkan wang anda? Adakah tempat yang anda pilih untuk menyimpan dan melaburkan wang anda tersebut mampu melawan kadar Inflasi? Keputusan terletak ditangan anda.
P/S: Adakah simpanan anda mencukupi? Dimanakah tempat anda buat simpanan? Jom gandakan simpanan di tempat yang kalis Inflasi! Berminat?
Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:
Aizuddin Azmi
Perunding Unit Amanah
Single License Investment
Emel: deenazmee@gmail.com
H/P: 019-548 1304
Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang
Sekian, Wassalam