APAKAH ITU INFLASI?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai “Tabung Unit Amanah sebagai pelaburan masa depan anda?” dan “Mengumpulkan kekayaan dengan Unit Amanah dan PRS?”. Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang inflasi pula. Apakah itu inflasi? Saya sekadar berkongsi secara ringkas tentang maksud inflasi ini. Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Faham? Hendak tahu lebih lanjut pasal inflasi ini anda boleh baca dekat sini. Saya sekadar hendak berkongsi apakah kesan inflasi ini kepada kita? Sebelum itu sila rujuk gambar di bawah ini.

APAKAH ITU INFLASI

Saya kongsikan contoh ini untuk memudahkan anda faham tentang inflasi.

Inflasi = Nilai wang jatuh = Harga barang atau perkhidmatan naik

Anggaran purata kadar inflasi yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia adalah antara 2.5% hingga 4%. Andaikan anggaran kadar inflasi yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia sekarang adalah 4%. Mengikut formula inflasi undang undang 72 (rule of 72) nilai wang RM 50 kita pada hari ini akan berkurang kepada separuh (50%) iaitu kepada RM 25 selepas 18 tahun.

Andaikan kadar inflasi = 4%

Berdasarkan formula inflasi undang undang 72 (rule of 72)

72/Kadar Inflasi

72/4 = 18

Contoh

2014: RM 50

2032: RM 25 = RM 50 (2014)

2014: RM 500

2032: RM 250 = RM 500 (2014)

2014: RM 5,000

2032: RM 2,500 = RM 5,000 (2014)

2014: RM 50,000

2032: RM 25,000 = RM 50,000 (2014)

2014: RM 500,000

2032: RM 250,000 = RM 500,000 (2014)

2014: RM 5,000,000

2032: RM 2,500,000 = RM 5,000,000 (2014)

Mungkin anda akan cakap alah 18 tahun lambat lagi kan? Anda percaya tidak kalau saya kata kan anggaran purata kadar inflasi yang sebenar yang ditetapkan oleh institusi kewangan adalah antara 7% hingga 12%? Sama ada anda hendak percaya atau tidak terpulang.

Andaikan anggaran kadar inflasi adalah 12%. Maka mengikut formula inflasi undang undang 72 (rule of 72) nilai wang RM 50 kita pada hari ini akan berkurang kepada separuh (50%) iaitu kepada RM 25 selepas 6 tahun.

Andaikan kadar inflasi = 12%

Berdasarkan formula inflasi undang undang 72 (rule of 72)

72/Kadar Inflasi

72/12 = 6

Contoh

2014: RM 50

2020: RM 25 = RM 50 (2014)

2014: RM 500

2020: RM 250 = RM 500 (2014)

2014: RM 5,000

2020: RM 2,500 = RM 5,000 (2014)

2014: RM 50,000

2020: RM 25,000 = RM 50,000 (2014)

2014: RM 500,000

2020: RM 250,000 = RM 500,000 (2014)

2014: RM 5,000,000

2020: RM 2,500,000 = RM 5,000,000 (2014)

Kesan inflasi ini sangat serius okay! Berdasarkan gambar tadi nilai wang RM 50 pada tahun 1998 tidak akan sama dengan nilai RM 50 sekarang. Anda boleh lihat berdasarkan gambar tersebut pada tahun 1998 dengan nilai RM 50 kita mampu membeli satu troli penuh barang keperluan. Pada tahun 2005 dengan nilai RM 50 kita hanya mampu membeli separuh troli sahaja barangan keperluan. Pada tahun 2012 dengan nilai RM 50 kita hanya mampu membeli lebih kurang suku troli sahaja barangan keperluan. Agak agak anda lagi 10 tahun dengan nilai RM 50 berapa sangatlah barangan keperluan yang kita mampu beli dalam satu troli kan?

Anda sendiri pun dapat rasakan dengan situasi sekarang berapa sangat lah barang keperluan yang mampu kita beli dengan nilai RM 50 hari ini berbanding 10 tahun yang lalu? Adakah nilai wang kita semakin susut? Semakin susut ke nilai wang kita? Jawapannya inilah kesan inflasi. Faham? Contoh lain yang boleh saya kongsi adalah seperti dibawah ini.

1970an: RM 1 kita mampu beli 4 cawan kopi

1980an: RM 1 kita mampu beli 2 cawan kopi

1990an: RM 1 kita mampu beli 1 cawan kopi

RM 1 hari ini berapa cawan kopi yang kita dapat? Fikirkan. Hehehe. 😉

Apakah langkah kita untuk menghadapi Inflasi?

Saya cadangkan anda mula menyimpan dan melabur wang anda dari sekarang ditempat yang mampu melawan kadar inflasi. Sebagai contoh andaikan anggaran purata kadar inflasi semasa adalah 4% setahun sekiranya anda melabur ditempat yang memberi anggaran purata kadar pulangan sebanyak 6% setahun maka baki pulangan yang bakal anda perolehi hanya 1.9231% sahaja bukannya 6%. Hal ini kerana anggaran purata kadar pulangan sebanyak 6% perlu ditolak dengan anggaran purata kadar inflasi 4% dan bakinya 1.9231% adalah anggaran purata baki kadar pulangan anda. Berbaloi tidak anggaran baki kadar pulangan anda hanya 1.9231%?

Andaikan anggaran purata kadar inflasi 4%

(Pulangan Pelaburan – Kadar Inflasi) / (1 + Kadar Inflasi) = Baki Pulangan Pelaburan

(6% – 4%) / (1 + 4%) = 1.9231% (Baki Pulangan Pelaburan)

Bayangkan jika anda mula menyimpan dan melabur dari sekarang ditempat yang mampu memberi anggaran purata kadar pulangan setahun antara 10% hingga 15%? Sebagai contoh sekiranya anggaran purata kadar inflasi semasa adalah 4% setahun. Sekiranya anda melabur ditempat yang memberi anggaran purata kadar pulangan sebanyak 10% setahun maka anggaran purata baki kadar pulangan yang bakal korang perolehi adalah 5.7692%. Untung 4.2308% kan? Sekiranya anda melabur ditempat yang memberi anggaran purata kadar pulangan sebanyak 15% setahun, sekiranya anggaran purata kadar inflasi semasa adalah 4% maka anggaran purata baki kadar pulangan yang bakal anda perolehi adalah 10.5769%. Fuh! Berminat hendak menyimpan dan melabur ditempat yang mampu melawan kadar inflasi dengan anggaran purata kadar pulangan setahun antara 10% hingga 15%?

Andaikan anda melabur ditempat yang memberi anggaran purata kadar pulangan sebanyak 10% hingga 15%.

Andaikan anggaran purata kadar inflasi 4% anda melabur ditempat yang memberi anggaran purata kadar pulangan sebanyak 10%.

(Pulangan Pelaburan – Kadar Inflasi) / (1 + Kadar Inflasi) = Baki Pulangan Pelaburan

(10% – 4%) / (1 + 4%) = 5.7692% (Baki Pulangan Pelaburan)

Andaikan anggaran purata kadar inflasi 4% anda melabur ditempat yang memberi anggaran purata kadar pulangan sebanyak 12%.

(Pulangan Pelaburan – Kadar Inflasi) / (1 + Kadar Inflasi) = Baki Pulangan Pelaburan

(12% – 4%) / (1 + 4%) = 7.6923% (Baki Pulangan Pelaburan)

Andaikan anggaran purata kadar inflasi 4% anda melabur ditempat yang memberi anggaran purata kadar pulangan sebanyak 15%.

(Pulangan Pelaburan – Kadar Inflasi) / (1 + Kadar Inflasi) = Baki Pulangan Pelaburan

(15% – 4%) / (1 + 4%) = 10.5769% (Baki Pulangan Pelaburan)

Berdasarkan kepada formula inflasi undang undang 72 (rule of 72)

Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri anggaran kadar pulangan setahun = 4%

72/4 = 18 (Selama 18 tahun baru simpanan anda akan berganda)

2014: RM 100,000

2032: RM 200,000

2050: RM 400,000

2068: RM 800,000

Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri anggaran kadar pulangan setahun = 6%

72/6 = 12 (Selama 12 tahun baru simpanan anda akan berganda)

2014: RM 100,000

2026: RM 200,000

2038: RM 400,000

2050: RM 800,000

Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri anggaran kadar pulangan setahun = 8%

72/8 = 9 (Selama 9 tahun baru simpanan anda akan berganda)

2014: RM 100,000

2023: RM 200,000

2032: RM 400,000

2041: RM 800,000

Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri anggaran kadar pulangan setahun = 12%

72/12 = 6 (Selama 6 tahun baru simpanan anda akan berganda)

2014: RM 100,000

2020: RM 200,000

2026: RM 400,000

2032: RM 800,000

P/S: Adakah simpanan anda mencukupi? Dimanakah tempat anda membuat simpanan? Jom gandakan simpanan di tempat yang kalis Inflasi! Berminat?

Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:

Aizuddin Azmi

Perunding Unit Amanah

Single License Investment

Emel: deenazmee@gmail.com

H/P: 019-548 1304

Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang

Sekian, Wassalam

Advertisements

About aizuddinazmi

Aizuddin Azmi Perunding Unit Amanah Single License Investment Emel: deenazmee@gmail.com H/P: 019-548 1304 Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang
This entry was posted in Informasi, Kewangan, Unit Amanah. Bookmark the permalink.

14 Responses to APAKAH ITU INFLASI?

  1. Pingback: DIMANAKAH TEMPAT UNTUK MEMBUAT SIMPANAN ATAU PELABURAN WANG? | AIZUDDIN AZMI - PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  2. Pingback: PELABURAN ALTERNATIF SELAIN SAHAM AMANAH/UNIT AMANAH/UNIT TRUST/MUTUAL FUND? | AIZUDDIN AZMI - PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  3. Pingback: KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TEMPAT UNTUK MEMBUAT SIMPANAN ATAU PELABURAN WANG? | AIZUDDIN AZMI - PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  4. Pingback: ADAKAH SIMPANAN UNTUK PERSARAAN MENCUKUPI? | AIZUDDIN AZMI - PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  5. Pingback: ADAKAH SIMPANAN AKAUN 1 KWSP MENCUKUPI? | AIZUDDIN AZMI - PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  6. Pingback: PERBANDINGAN ANTARA KAEDAH PELABURAN SEKALIGUS DAN KAEDAH SIMPANAN ANSURAN BULANAN? | AIZUDDIN AZMI - PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  7. Pingback: APAKAH HUKUM PELABURAN ASN, ASB DAN SEUMPAMANYA? | AIZUDDIN AZMI – PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  8. Pingback: MUZAKARAH JAKIM BERKENAAN HUKUM FOREX TRADING? | AIZUDDIN AZMI – PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  9. Pingback: APAKAH HUKUM PERDAGANGAN PERTUKARAN MATAWANG ASING OLEH INDIVIDU SECARA LANI (INDIVIDUAL SPOT FOREX) MELALUI PLATFORM ELEKTRONIK? | AIZUDDIN AZMI – PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  10. Pingback: MENGAPA PERLU GANDAKAN WANG DI TEMPAT YANG KALIS INFLASI? | AIZUDDIN AZMI – PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  11. Pingback: MENGAPA PERLU GANDAKAN SIMPANAN UNTUK PERSARAAN DI TEMPAT YANG KALIS INFLASI? | AIZUDDIN AZMI – PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  12. Pingback: MENGAPA PERLU GANDAKAN SIMPANAN AKAUN 1 KWSP DI TEMPAT YANG KALIS INFLASI? | AIZUDDIN AZMI – PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  13. Pingback: DIMANAKAH TEMPAT ANDA BUAT SIMPANAN UNTUK PERSARAAN? | AIZUDDIN AZMI – PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  14. Pingback: ADAKAH SIMPANAN UNTUK PENDIDIKAN ANAK ANDA MENCUKUPI? | AIZUDDIN AZMI – PERUNDING KEWANGAN ISLAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s