BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MELABUR DALAM SAHAM AMANAH/UNIT AMANAH/UNIT TRUST/MUTUAL FUND MELALUI KWSP?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai “Tabung Unit Amanah sebagai pelaburan masa depan anda?” dan “Mengumpulkan kekayaan dengan Unit Amanah dan PRS?“. Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang bagaimanakah cara untuk melabur dalam Unit Amanah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau dalam bahasa inggeris Employees Provident Fund – Members Investment Scheme (EPF-MIS).

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MELABUR DALAM SAHAM AMANAHUNIT AMANAHUNIT TRUSTMUTUAL FUND MELALUI KWSP

Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli

Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi RM5,000 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun I melaburkan sendiri sebahagian daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Kelayakan Memohon

– Anda mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP;

– Warganegara Malaysia; atau

– Warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula; atau

– Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat) yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998; atau

– Bukan warganegara Malaysia yang telah mendapat taraf penduduk tetap Malaysia (PR).

Jumlah Yang Boleh Dilaburkan

Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun I.

Jadual dibawah menunjukkan jumlah simpanan asas dalam Akaun 1 KWSP mengikut umur :

Umur
(Tahun)

Simpanan Asas
(RM)
Umur
(Tahun)

Simpanan Asas
(RM)

18

1,000 37

54,000

19

2,000 38

59,000

20

4,000 39

64,000

21

5,000 40

69,000

22

7,000 41

76,000

23

9,000 42

81,000

24

11,000 43

88,000

25

13,000 44

95,000

26

15,000 45

102,000

27

18,000 46

109,000

28

21,000 47

117,000

29

24,000 48

125,000

30

27,000 49

134,000

31

30,000 50

143,000

32

34,000 51

153,000

33

37,000 52

163,000

34

41,000 53

174,000

35

46,000 54

185,000

36

50,000 55

196,800

Kekerapan Pengeluaran

Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan dari tarikh pemindahan akhir dibuat, tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun I.

Bagaimana Untuk Membuat Pengeluaran?

Dapatkan ‘Penyata Caruman Yang Boleh Dilaburkan’ daripada mana-mana pejabat KWSP. Untuk mendapatkannya, andaperlu menunjukkan Kad Pengenalan anda di kaunter. Permintaan melalui telefon atau e-mel tidak akan dilayan.

Permintaan anda hanya akan dilayan jika anda layak untuk membuat pengeluaran pelaburan pada masa tersebut. Anda kemudiannya perlu membuka satu akaun pelaburan dengan pengurus dana yang dipilih (melainkan anda sudah ada akaun dengan pengurus dana tersebut).

Dokumen yang diperlukan untuk serahan kepada pengurus dana adalah:

– Borang KWSP 9N (AHL) yang telah lengkap diisi;

– Penyata Caruman Yang Boleh Dilaburkan; dan

– Kad Pengenalan ahli/Kad Pintar atau Kad Pengenalan Polis

*Untuk pemegang Kad Pengenalan Polis, sila kemukakan satu surat daripada Jabatan Polis untuk mengesahkan nombor Kad Pengenalan anda.

*Untuk pemegang Kad Pintar, sila kemukakan satu salinan Kad Pintar dengan cap ibu jari kanan dan kiri anda di atas salinan tersebut.

Ruang ‘amaun yang dipohon’ patut diisi selepas ahli berbincang dengan pengurus dana tentang jumlah yang mahu laburkan dengan syarat amaun tidak melebihi jumlah maksimum yang dibenarkan. Pengurus dana akan mengemukakan Borang KWSP 9N (AHL) yang telah lengkap diisi kepada KWSP untuk diproses.

Adalah penting untuk anda mengisi borang yang betul dengan tepat dan memastikan bahawa semua dokumen sokongan mengikut turutan. Ini bagi mengelakkan kelewatan yang tidak perlu dalam memproses permohonan anda.

Sila ambil perhatian bahawa cap ibu jari diperlukan pada borang permohonan dan salinan MyKad. Anda mestilah menggunakan “thumbprint pad” yang khusus untuk cap ibu jari. Penggunaan bahan-bahan jenis lain seperti inkpad untuk getah setem (rubberstamp) tidak akan diterima oleh KWSP.

Kelayakan Pengeluaran Pelaburan Ahli

Mulai 1 November 2007, KWSP telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam SKIM KWSP secara berperingkat di bawah inisiatif strategik ’Bukan Hanya Simpanan’ seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991 (pindaan 2007). Ini termasuklah inisiatif untuk memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA).

Definisi Simpanan Asas

Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM196,800 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

Syarat-syarat Yang Ditetapkan

– Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.

– Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.

– Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti jadual dibawah.

– Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.

Bagaimanakah untuk mengetahui simpanan yang  layak untuk dilaburkan?

Anda boleh merujuk jadual di bawah untuk mendapatkan contoh pengiraan simpanan yang layak dilaburkan.

Ahli

Umur

Simpanan Akaun 1 (RM)

Simpanan Asas(RM)

Pengiraaan:Simpanan Akaun 1- Simpanan Asas x 20%

Kelayakan Ahli

A

22

6,000

7,000

Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas.

B

22

10,000

7,000

(10,000-7,000) x 20%    = RM600

Ahli tidak layak memohon.  Amaun kelayakan minimum kurang RM1,000.

C

25

24,000

13,000

(24,000-13,000) x 20%  = RM2,200

Ahli layak memohon.  Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM2,200.

D

40

65,000

69,000

Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas.

E

45

138,000

102,000

(138,000-102,000) x 20% = RM7,200

Ahli layak memohon.  Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM7,200.

Sumber: http://www.kwsp.gov.my/

Jadual Simpanan Asas KWSP (Berkuatkuasa 1 Januari 2017)

P/S: Adakah simpanan Akaun 1 KWSP anda mencukupi? Jom gandakan simpanan Akaun 1 KWSP di tempat yang kalis Inflasi! Berminat?

Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:

Aizuddin Azmi

Perunding Unit Amanah

Single License Investment

Emel: deenazmee@gmail.com

H/P: 019-548 1304

Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang

Sekian, Wassalam

Advertisements

About aizuddinazmi

Aizuddin Azmi Perunding Unit Amanah Single License Investment Emel: deenazmee@gmail.com H/P: 019-548 1304 Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang
This entry was posted in Informasi, Kewangan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, KWSP, Unit Amanah. Bookmark the permalink.

7 Responses to BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MELABUR DALAM SAHAM AMANAH/UNIT AMANAH/UNIT TRUST/MUTUAL FUND MELALUI KWSP?

  1. Pingback: JADUAL SIMPANAN ASAS KWSP | Aizuddin Azmi - Perunding Kewangan Islam

  2. Pingback: ADAKAH SIMPANAN UNTUK PERSARAAN MENCUKUPI? | AIZUDDIN AZMI - PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  3. Pingback: ADAKAH SIMPANAN AKAUN 1 KWSP MENCUKUPI? | AIZUDDIN AZMI - PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  4. Pingback: PERBANDINGAN ANTARA KAEDAH PELABURAN SEKALIGUS DAN KAEDAH SIMPANAN ANSURAN BULANAN? | AIZUDDIN AZMI - PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  5. Pingback: MENGAPA PERLU GANDAKAN SIMPANAN UNTUK PERSARAAN DI TEMPAT YANG KALIS INFLASI? | AIZUDDIN AZMI – PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  6. Pingback: MENGAPA PERLU GANDAKAN SIMPANAN AKAUN 1 KWSP DI TEMPAT YANG KALIS INFLASI? | AIZUDDIN AZMI – PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  7. Pingback: DIMANAKAH TEMPAT ANDA BUAT SIMPANAN UNTUK PERSARAAN? | AIZUDDIN AZMI – PERUNDING KEWANGAN ISLAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s