JENIS DANA UNIT AMANAH DI MALAYSIA?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai “Tabung Unit Amanah sebagai pelaburan masa depan anda?” dan “Mengumpulkan kekayaan dengan Unit Amanah dan PRS?“. Kali ini saya sekadar hendak berkongsi artikel tentang jenis dana unit amanah yang ada di Malaysia. Pelaburan unit amanah membuka peluang untuk pelabur runcit mempelbagaikan pelaburan mereka. Melalui dana unit amanah, wang dilaburkan pelabur ini akan dikumpulkan bersama-sama dan dilaburkan dalam aset kewangan yang berbeza untuk mengurangkan risiko kerugian.

JENIS DANA UNIT AMANAH DI MALAYSIA

Terdapat pelbagai jenis dana boleh dipilih bagi menepati profil risiko dan keperluan pelabur. Dalam artikel ini, kita akan melihat kepada jenis dana unit amanah di Malaysia secara spesifik.

Di akhir artikel ini, anda sebagai pelabur akan dapat mengenal pasti jenis dana yang berbeza dan boleh memilih dana lebih bersesuaian.

Dana Ekuiti

Dana yang paling dikenali di Malaysia, sebahagian besar daripada pelaburan dalam setiap dana ekuiti ini akan dilaburkan dalam saham syarikat tersenarai.

Pelabur yang mahu memperuntukkan modal di syarikat tersenarai boleh memilih untuk melabur dalam dana jenis ini.

Dana ekuiti terbahagi kepada beberapa jenis, bergantung pada corak pelaburan dan sektor.

Dana Indeks

Dana ini dilaburkan berdasarkan indeks tukaran saham yang spesifik, bagi meniru pergerakan pasaran. Sebagai contoh, dana indeks pada FBM KLCI akan dilaburkan dalam syarikat di dalam FBM KLCI.

Oleh itu, secara amnya, prestasi dana ini juga akan mengikut prestasi indeks. Biasanya, dana jenis ini dikenal pasti dengan mempunyai yuran operasi dan perolehan portfolio yang lebih rendah kerana pemasaan pasaran pemilihan saham tidak diperlukan.

Dana Pertumbuhan

Dana jenis ini menyasarkan syarikat daripada sektor pelbagai yang mempunyai pertumbuhan modal yang tinggi.

Jika dilaburkan secara terus, ia mungkin memberikan risiko yang lebih tinggi. Tetapi jika pelaburan dibuat melalui unit amanah, risiko pelaburan akan disebarkan. Bagaimanapun, dana jenis ini masih lagi agresif dan tidak menentu berbanding dana indeks.

Dana Antarabangsa

Dana ini dilaburkan di luar negara dan memberi peluang kepada pelabur untuk mendapatkan pendedahan pelaburan di negara lain dengan cara lebih kos efektif.

Dana jenis ini sesuai untuk pelabur yang mencari pelaburan di pasaran modal antarabangsa, tetapi dihalang oleh faktor seperti kos transaksi yang tinggi dan kekurangan informasi mengenai pelaburan berkenaan.

Bon/Dana Pendapatan Tetap

Dana ini dilaburkan terutama di Sekuriti Kerajaan Malaysia, bon korporat, dan instrumen hutang, seperti sekuriti bersandarkan gadai janji.

Dana bon/pendapatan tetap memfokuskan pada pemberian pendapatan tetap kepada pelabur, tanpa terlalu menekankan pada pertumbuhan modal.

Oleh itu, harga dana ini selalunya lebih stabil jika dibandingkan dengan dana ekuiti. Bagaimanapun, dalam keadaan kadar pulangan yang tidak menentu, turun naik akan terjadi kerana sekuriti berpendapatan tetap adalah sensitif pada pergerakan dalam kadar faedah.

Dana Pasaran Kewangan

Dana ini melabur di pelaburan yang berisiko rendah tetapi mempunyai kecairan yang tinggi, seperti debentur jangka pendek, instrumen pasaran kewangan jangka pendek dan penempatan deposit jangla pendek.

Jika dibanding dengan semua jenis dana, ia mempunyai risiko paling rendah dan pasa masa sama juga, jangan menjangkakan pulangan sangat tinggi melalui dana ini.

Dalam jangka masa panjang, pulangan daripada dana pasaran kewangan ini mungkin tidak dapat mengatasi nilai inflasi.

Dana Seimbang

Pegangan pelaburan bagi dana ini menggabungkan ekuiti yang lebih berisiko tinggi, sekuriri berpendapatan tetap yang lebih kurang risiko dan tunai, dalam usaha untuk mengekalkan keseimbangan dalam kedua-dua pertumbuhan modal dan pendapatan tetap untuk pelabur.

Dana ini biasanya memberikan perlindungan yang lebih baik ketika kegawatan pasaran, tetapi mungkin kurang menjana pertumbuhan semasa pasaran melonjak naik.

Dana Atas Dana (FOF)

Merujuk kepada peraturan dikeluarkan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dana jenis ini hanya dilaburkan dalam unit daripada skim pelaburan kolektif yang lain.

Kelebihan paling utama bagi dana ini adalah ia selalu merangkumi dana dari pada pelbagai sektor dan ini memjadikan dana ini mempunyai kepelbagaian pelaburan yang tinggi.

Bagaimanapun, disebabkan pengurusan kewangan bertindih (Pengurusan dana itu sendiri dan pengurusan dana atas dana), yuran operasi dan yuran pengurusan selalunya menjadi lebih tinggi.

Dana Berlandaskan Syariah Islam

Dana berlandaskan syariah hampir sama dengan dana unit amanah konvensional, cuma bezanya portfolio dana ini dilaburkan berdasarkan hukum Islam. Ini bermakna pelaburan hanya boleh dibuat dalam saham yang berteraskan syariah, yang tidak terbabit dalam perniagaan yang tidak halal, seperti judi minuman keras dan produk tidak halal yang lain.

Tambahan pula dana ini juga tidak merangkumi saham syarikat yang terbabit dalam perbualan konvensional, insurans dan perkhidmatan kewangan. Pulangannya pula tidak mempunyai unsur riba.

Akhir sekali, kesimpulannya terdapat pilihan dana unit amanah yang luas bagi kepentingan pelabur di Malaysia.

Walau berapa banyak pun pilihan di pasaran, prinsip pertama sebelum melabur adalah fahami keperluan anda dan objektif pelaburan untuk membuat pilihan yang baik dan bermaklumat.

Artikel perancangan kewangan dan pelaburan ini salah satu usaha berterusan SIDC melahirkan pelabur yang arif dan berpengetahuan dalam pasaran modal.

Selain itu, SIDC turut meningkatkan tanap kesedaran mengenai pelaburan bijak dan pengurusan kewangan melalui seminar dan bengkel pendidikan pelabur yang disasarkan untuk pelbagai lapisan masyarakat, seperti pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, ibu bapa, wanita dan pekerja kolar putih dan biru. Untuk maklumat lanjut, layari www.min.com.my, hubungi, hubungi 03-62048889 atau lawati Facebook kami di www.facebook.com/BMWSIDC.

P/S: Adakah simpanan anda mencukupi? Dimanakah tempat anda buat simpanan? Jom gandakan simpanan di tempat yang kalis Inflasi! Berminat?

Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:

Aizuddin Azmi

Perunding Unit Amanah

Single License Investment

Emel: deenazmee@gmail.com

H/P: 019-548 1304

Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang

Sekian, Wassalam

Advertisements

About aizuddinazmi

Aizuddin Azmi Perunding Unit Amanah Single License Investment Emel: deenazmee@gmail.com H/P: 019-548 1304 Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang
This entry was posted in Informasi, Kewangan, Unit Amanah. Bookmark the permalink.

3 Responses to JENIS DANA UNIT AMANAH DI MALAYSIA?

  1. Pingback: SENARAI SYARIKAT PENGURUSAN UNIT AMANAH YANG DILULUSKAN OLEH SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA | Aizuddin Azmi - Perunding Kewangan Islam

  2. Pingback: PELABURAN ALTERNATIF SELAIN SAHAM AMANAH/UNIT AMANAH/UNIT TRUST/MUTUAL FUND? | AIZUDDIN AZMI - PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  3. Pingback: KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TEMPAT UNTUK MEMBUAT SIMPANAN ATAU PELABURAN WANG? | AIZUDDIN AZMI - PERUNDING KEWANGAN ISLAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s