MENGUMPULKAN KEKAYAAN DENGAN UNIT AMANAH DAN PRS?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi satu artikel dari laman sesawang FIMM yang bertajuk Tabung unit amanah sebagai pelaburan masa depan anda? Kali ini saya sekadar hendak berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM yang bertajuk Mengumpulkan kekayaan dengan unit amanah dan PRS? Dalam artikel ini akan diselitkan tentang pengurusan risiko dalam unit amanah, kepelbagaian, melabur menggunakan wang KWSP anda, bagaimana hendak memastikan kita mempunyai wang simpanan KWSP yang mencukupi untuk bersara dengan selesa, cara melabur dengan menggunakan simpanan KWSP anda dan Skim Persaraan Swasta (PRS).

 MENGUMPULKAN KEKAYAAN DENGAN UNIT AMANAH DAN PRS

Pengenalan

Para pelabur adalah digalakkan untuk melabur dalam tabung unit amanah untuk jangka masa panjang secara berterusan. Mereka tidak harus melabur untuk jangka masa pendek (sama ada dalam saham atau unit amanah) kerana ini hanyalah spekulasi. Setiap tabung unit amanah mempunyai tempoh matang yang ditetapkan. Ianya memerlukan masa dan usaha untuk mengumpul kekayaan dan memaksimumkan faedah daripada pulangan berganda. Lebih-lebih lagi kebanyakannya menyimpan untuk jangka masa panjang sebagai persediaan persaraan.

Kekayaan merupakan nilai aset yang dimiliki oleh seseorang, setelah ditolak jumlah tanggungan (nilai bersih), dan kebanyakan dari kita akan cuba mengumpul kekayaan sebanyak mana yang boleh selagi kita mampu bekerja. Ini akan meningkatkan lagi nilai bersih kita dari semasa ke semasa. Untuk itu, kita perlulah melabur dan menguruskan tahap risiko sewajarnya jika ingin memperolehinya.

Mengapa kita harus melabur dalam unit amanah? Pertama, pelaburan dalam unit amanah adalah untuk jangka masa panjang, ianya sejajar dengan strategi kita untuk mengumpul kekayaan. Kedua, pelaburan dalam unit amanah memberikan faedah untuk kita mempelbagaikan pelaburan, dengan cara ini kita “tidak meletakkan risiko hanya pada satu tabung”. Akhir sekali, tabung unit amanah diuruskan oleh pengurus dana yang professional dimana ia menyediakan saluran terbaik untuk kita mengumpul kekayaan melalui perkembangan unit amanah yang berterusan.

Pengurusan Risiko Dalam Unit Amanah

Sebagaimana yang telah dinyatakan, melabur tidaklah semudah yang disangkakan kerana setiap pelaburan mempunyai risiko yang harus ditanggung oleh para pelabur. Lebih tinggi potensi pulangannya maka lebih tinggi pula risiko yang perlu ditanggung oleh pelabur. Oleh itu, para pelabur mestilah mengetahui toleransi tahap risiko mereka sebelum melabur di dalam mana-mana tabung unit amanah. Terdapat pelbagai jenis tabung unit amanah disediakan untuk para pelabur di mana setiap tabung itu mempunyai tahap risiko yang berbeza. Para pelabur perlu mengetahui tahap risiko yang harus dihadapi sebelum melabur serta menilai profil risiko melalui soal selidik atau melalui bantuan Perunding Unit Amanah mereka. Fungsi profil ini ialah untuk membantu para pelabur mengenal pasti tahap risiko yang harus dihadapi oleh mereka.

Kepelbagaian

Tabung unit amanah melabur di dalam pelbagai jenis pelaburan seperti saham, bon, komoditi dan lain-lain. Ini memberi faedah kepada para pelabur untuk mempelbagaikan pelaburan mereka. Dengan mengumpulkan tabung pelabur-pelabur, pengurus tabung akan melabur di dalam aset yang berbeza yang tiada kaitan langsung di antara satu sama lain. Dengan cara ini akan mengurangkan risiko dalam portfolio unit amanah tanpa menjejaskan faedah pulangan sekaligus mengurangkan risiko kepada para pelabur.

Melabur Menggunakan Wang KWSP Anda

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah institusi keselamatan sosial yang diwujudkan oleh undang-undang bagi memastikan warga Malaysia menyimpan untuk persaraan mereka, seperti yang telah ditetapkan kepada pekerja dan juga majikan. KWSP akan memastikan pencarum memiliki simpanan apabila mereka bersara. Malangnya kebanyakan mereka tidak memiliki simpanan yang mencukupi untuk bersara dengan selesa.

• Warga Malaysia memerlukan di antara RM1.4 hingga RM2.8 juta untuk bersara dengan selesa, tetapi kebanyakannya tidak mencapai jumlah ini walaupun mempunyai wang simpanan dan KWSP yang tinggi. Kurang daripada 10% daripada jumlah pencarum KWSP yang mempunyai simpanan lebih daripada RM100, 000 di dalam akaun, apabila mereka layak untuk mengeluarkannya; 90% daripada jumlah pencarum hanya mempunyai purata sebanyak RM106, 000.00 apabila mereka bersara, jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung persaraan mereka.

• Jangka hayat warga Malaysia pada tahun 2010 masing-masing ialah 72 tahun bagi lelaki dan 77 tahun bagi wanita. Berdasarkan purata simpanan KWSP, jumlah yang dikumpulkan oleh ahli KWSP apabila mereka berusia 54 tahun ialah sebanyak RM149,216.00. Ini bermakna jumlah bulanan yang boleh dikeluarkan oleh mereka apabila bersara ialah RM570.39. Ini adalah andaian sekiranya ahli tidak mempunyai apa-apa simpanan tambahan selain KWSP dan juga tiada kesan inflasi.

• Sebanyak 70% individu lelaki yang mengeluarkan simpanan KWSP mereka pada usia 55 tahun akan menghabiskan simpanan mereka hanya dalam masa 3 tahun.

Bagaimana Hendak Memastikan Kita Mempunyai Wang Simpanan KWSP Yang Mencukupi Untuk Bersara Dengan Selesa?

Kita boleh:

1) Bekerja selepas bersara, mungkin sehingga mencapai usia 65 tahun, atau pun lebih

2) Meningkatkan pendapatan dengan cara mendapatkan gaji yang lebih tinggi dan

kenaikan gaji tahunan

3) Pastikan wang KWSP anda menjana faedah dengan lebih baik

Akta KWSP telah memberi mandat bahawa 60% daripada portfolio pelaburannya, hendaklah dilaburkan dalam pendapatan tetap seperti bon kerajaan atau Sekuriti Kerajaan Malaysia. Ini bermakna hanya 40% dibenarkan untuk dilaburkan ke dalam ekuiti atau saham. Oleh itu, mungkin sukar untuk menjana pulangan tetap melebihi purata. Pada bulan November 1996, KWSP memperkenalkan Skim Pelaburan Ahli, di mana pencarum boleh melabur dalam tabung unit amanah yang diluluskan. Tujuannya ialah untuk memberi lebih banyak pilihan kepada ahli untuk melabur dan menentukan jenis pulangan dan tahap risiko yang sesuai untuk mereka. Pencarum boleh memilih untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan di dalam Akaun 1 mereka di setiap suku tahun, tertakluk kepada umur dan Simpanan Asas, untuk melabur ke dalam tabung unit amanah yang diluluskan, mengikut pilihan mereka. Dengan cara ini, pencarum KWSP boleh mempelbagaikan simpanan mereka di dalam pelbagai tabung yang boleh menjana pulangan yang lebih tinggi bagi pelaburan mereka (dengan mengambil risiko yang lebih sedikit daripada hanya menyimpan dalam akaun KWSP mereka, yang bersifat konservatif).

Cara Melabur Dengan Menggunakan Simpanan KWSP Anda

Langkah pertama untuk melabur dengan menggunakan simpanan KWSP untuk tabung unit amanah yang diluluskan ialah dengan menyemak baki simpanan di dalam Akaun 1 anda. Anda mestilah mengekalkan jumlah minimum (dikenali sebagai Simpanan Asas) di dalam akaun 1, mengikut usia anda seperti yang telah ditetapkan oleh KWSP. Hanya 20% daripada baki Simpanan Asas dibenarkan untuk melabur. Ia adalah jumlah maksimum pengeluaran bagi setiap suku tahun, manakala RM1,000.00 adalah jumlah minimum pengeluaran. Syarikat pengurusan unit amanah pula akan mengenakan caj perkhidmatan permulaan yang tidak melebihi 3% untuk tabung yang diluluskan. Apabila pelaburan untuk tabung tersebut ditebus semula, wang anda akan dikreditkan terus ke dalam Akaun 1 anda.

Skim Persaraan Swasta (PRS)

Selain KWSP sebagai platform simpanan persaraan untuk rakyat Malaysia, pihak kerajaan juga telah mengumumkan satu skim baru bagi persaraan iaitu Skim Persaraan Swasta (PRS) ketika pembentangan Bajet 2012:

• Skim PRS ini adalah skim tambahan bagi rakyat Malaysia untuk mengukuhkan simpanan persaraan mereka. Penyedia PRS yang diluluskan akan menawarkan skim persaraan jangka panjang yang mengandungi pelbagai tabung. Ini untuk memudahkan majikan dan individu memilih tabung yang fleksibel dan mudah digunakan bagi profil pulangan faedah dan risiko yang berbeza

• Sebagai insentif kepada individu yang mencarum dengan skim PRS yang diluluskan, pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun selama 10 tahun, akan diberikan kepada individu tersebut

• Pengecualian cukai juga diberikan kepada faedah pulangan yang diterima dari tabung PRS. Manakala potongan cukai diberikan kepada majikan yang mencarum melebihi kadar yang ditetapkan iaitu sehingga 19% gaji pekerja

• FIMM telah diberi mandat untuk memastikan pasaran yang adil dan saksama diwujudkan untuk produk PRS dan para pelabur mempunyai akses kepada maklumat pelaburan dengan mudah

Secara ringkasnya, pelaburan dalam unit amanah dan PRS ialah satu pelaburan untuk jangka masa panjang. Ia amat sesuai dengan strategi pengumpulan kekayaan dan perancangan untuk persaraan. Demi mencapai perkembangan lestari jangka panjang, para pelabur tidak harus melabur untuk jangka masa pendek, tetapi harus melihat pada keseimbangan dalam menjana pulangan yang lebih tinggi dan pengurusan risiko.

Sumber: www.fimm.com.my

P/S: Mengumpulkan kekayaan dengan unit amanah dan PRS? Adakah simpanan anda mencukupi? Dimanakah tempat anda buat simpanan? Jom gandakan simpanan di tempat yang kalis Inflasi! Berminat?

Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:

Aizuddin Azmi

Perunding  Unit Amanah

Single License Investment

Emel: deenazmee@gmail.com

H/P: 019-548 1304

Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang

Sekian, Wassalam

Advertisements

About aizuddinazmi

Aizuddin Azmi Perunding Unit Amanah Single License Investment Emel: deenazmee@gmail.com H/P: 019-548 1304 Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang
This entry was posted in Informasi, Kewangan, PRS, Skim Persaraan Swasta, Unit Amanah. Bookmark the permalink.

17 Responses to MENGUMPULKAN KEKAYAAN DENGAN UNIT AMANAH DAN PRS?

  1. Pingback: JENIS DANA UNIT AMANAH DI MALAYSIA | Aizuddin Azmi - Perunding Kewangan Islam

  2. Pingback: BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MELABUR DALAM SAHAM AMANAH/UNIT AMANAH/UNIT TRUST/MUTUAL FUND? | Aizuddin Azmi - Perunding Kewangan Islam

  3. Pingback: BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MELABUR DALAM SAHAM AMANAH/UNIT AMANAH/UNIT TRUST/MUTUAL FUND MELALUI KWSP? | Aizuddin Azmi - Perunding Kewangan Islam

  4. Pingback: APAKAH ITU INFLASI! | AIZUDDIN AZMI - PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  5. Pingback: DIMANAKAH TEMPAT UNTUK MEMBUAT SIMPANAN ATAU PELABURAN WANG? | AIZUDDIN AZMI - PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  6. Pingback: ADAKAH SIMPANAN UNTUK PERSARAAN MENCUKUPI? | AIZUDDIN AZMI - PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  7. Pingback: ADAKAH SIMPANAN AKAUN 1 KWSP MENCUKUPI? | AIZUDDIN AZMI - PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  8. Pingback: PERBANDINGAN ANTARA KAEDAH PELABURAN SEKALIGUS DAN KAEDAH SIMPANAN ANSURAN BULANAN? | AIZUDDIN AZMI - PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  9. Pingback: APAKAH ITU TAKAFUL? | AIZUDDIN AZMI - PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  10. Pingback: APAKAH HUKUM PELABURAN ASN, ASB DAN SEUMPAMANYA? | AIZUDDIN AZMI – PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  11. Pingback: MUZAKARAH JAKIM BERKENAAN HUKUM FOREX TRADING? | AIZUDDIN AZMI – PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  12. Pingback: APAKAH HUKUM PERDAGANGAN PERTUKARAN MATAWANG ASING OLEH INDIVIDU SECARA LANI (INDIVIDUAL SPOT FOREX) MELALUI PLATFORM ELEKTRONIK? | AIZUDDIN AZMI – PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  13. Pingback: MENGAPA PERLU GANDAKAN WANG DI TEMPAT YANG KALIS INFLASI? | AIZUDDIN AZMI – PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  14. Pingback: MENGAPA PERLU GANDAKAN SIMPANAN UNTUK PERSARAAN DI TEMPAT YANG KALIS INFLASI? | AIZUDDIN AZMI – PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  15. Pingback: MENGAPA PERLU GANDAKAN SIMPANAN AKAUN 1 KWSP DI TEMPAT YANG KALIS INFLASI? | AIZUDDIN AZMI – PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  16. Pingback: DIMANAKAH TEMPAT ANDA BUAT SIMPANAN UNTUK PERSARAAN? | AIZUDDIN AZMI – PERUNDING KEWANGAN ISLAM

  17. Pingback: ADAKAH SIMPANAN UNTUK PENDIDIKAN ANAK ANDA MENCUKUPI? | AIZUDDIN AZMI – PERUNDING KEWANGAN ISLAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s